ads

2 December 2013

Rehat minda, latih telinga

Sudah lama tidak mencatat di ruang ini.

Menyiapkan satu tugasan transkrip. Seusai tugas, menyertai ekspedisi ke Kenyir. Kemudian, pulang sebentar ke kampung. Persediaan temuduga yang tak diduga. Temuduga di Ipoh hanya berulang alik. Bersambung dengan kerja CATI research selama 10 hari. Guna mulut dan telinga. 

Jika membuat transkrip, tumpuan telinga paling utama. Skil mendengar sangat-sangat penting. 

Walau kurang tugasan transkrip & note taking diterima, skil mendengar dipertajamkan. Semasa di Kenyir, sentiasa mencuba mengamati bunyian alam. Bunyi-bunyian yang didengar dicari persamaan dan perbezaan dengan bunyi-bunyian persekitaran harian. Sungguh mendamaikan bunyi kicauan burung dan segala macam bunyi penghuni belantara Kenyir. Selain merehatkan minda, berubah angin beberapa hari, dapat juga berkenalan dengan peserta lain. Semasa di atas bot, bunyi bot bercampur dengan bunyi air tasik yang diolak. Berlainan bunyi ketika hujan dan di hari tidak hujan. Ekspedisi ini memberi peluang Anna menajamkan pendengaran. 



Syukur kepada Allah atas anugerah pendengaran yang baik.


No comments: