ads

4 December 2013

Pencatat nota = note-taker

Kemahiran mentranskripsi memberi peluang untuk Anna menyediakan cabang servis dalam lapangan note taking. 

Anna mula mendapat kepercayaan untuk mengambil nota pada hari pertama Anna membuat tugasan transkrip. Anna diminta menghadirkan diri mendengar perbincangan enam orang bersama seorang moderator. Walau bagaimanapun, tujuan point penting diambil adalah untuk memudahkan Anna menulis transkrip. Bukan bertujuan sebagai bahan yang perlu diserahkan kepada klien.

Kebiasaan beberapa kali menyalin nota memberi keyakinan yang Anna mampu menjadi note taker. Walaupun sudah biasa mengesan fakta/poin dan menyalin dalam bentuk nota bertulis, Anna hanya diberi kepercayaan mengambil nota selepas 3 tahun bergelar transcriber. Waktu itu, note-taker professional seakan-akan memulaukan sebuah syarikat penyelidikan yang menawarkan fee terlalu rendah iaitu RM50/jam.

Sebagai note-taker baru, Anna berasa ia memadai kerana dalam sehari Anna memperuntukkan purata 4 jam dalam tempoh 2-3 hari. Anna menerima tawaran tersebut ketika majoriti note-taker professional enggan menerima upah sedemikian. Bagi Anna, inilah masanya Anna berpeluang mencuba sesuatu yang baru sepenuhnya. 

Tidak seperti transkrip, note-taking hanya perlu mencatat point penting. Walau bagaimanapun, skil mendengar (listening skill) dan kecekapan mencatat point benar-benar mencabar keupayaan Anna pada peringkat awal. Tahap konsentrasi yang tinggi adalah kunci utama dengan tugasan ini. Makanan dan minuman yang diambil sepanjang hari dalam minggu tugasan mesti diambil berhati-hati agar tiada gangguan perut, kepala, kulit atau anggota badan lain yang mungkin mengganggu pengambilan nota. Bayangkan; anda terpaksa duduk mendengar dan mencatat dengan teliti selama perbincangan/temubual dijalankan. Dan kebiasaannya, perbincangan berjalan selama 2 - 2.5 jam. Pernah berlaku, perbincangan berlangsung tanpa henti sehingga 3 jam lebih dan Anna terpaksa duduk menyalin dalam tempoh itu!

Gabungan skil yang tinggi, konsentrasi penuh, daya tahan diri dan kesabaran signifikan dalam penghasilan nota berkualiti.



No comments: