ads

17 February 2014

Patience & Passion (pt 2)

Entri yang lalu Anna menulis tentang patience & passion.

Sebenarnya, inilah dua perkataan yang sering Anna ingatkan diri ketika menyiapkan setiap tugasan transkripsi.

Mendapatkan kesabaran yang tinggi bukannya mudah. Walaupun sudah masuk tahun ke-7 menceburi bidang ini dan lebih 2 tahun secara sepenuh masa, adakalanya mood mentranskrip 'hanyut ke laut'. Biasanya disebabkan pengendalian moderator yang kurang efektif. Kurang efektifnya pengendalian menyebabkan perbincangan bertabur dan bersimpangsiur. Perbincangan sebegini membosankan Anna untuk mentranskrip.

Mengingatkan diri bahawa tanggungjawab mesti dilunaskan mengikut tarikh mati yang diberi memaksa diri bersabar bersengkang mata, memerah minda dan menahan sakit belakang.

Passion juga perlu ada. Tiada keinginan mengetahui isi perbincangan menyebabkan proses menyiapkan transkrip berjalan perlahan. Mungkin disebabkan minat Anna kepada isu pemasaran, kepenggunaan, gaya hidup dan sosial serta politik menjadi titik penggerak untuk Anna terus menerima tugasan dari cabang-cabang tersebut.

Teringat Anna dengan kata-kata 2 orang kenalan PhD yang pernah ditemui dan kini mengikuti perkembangan mereka menerusi laman sosial; Dr Rahman dan Dr Lai Yong - Buat apa yang kita suka dan percaya dengan apa yang kita buat.

Mohon Allah memberi kekuatan kepada Anna...

No comments: