ads

6 June 2017

Berbahasa lenggok Seberang

Sudah lama tidak menulis di sini. Sudah lama juga tidak menerima tugasan transkripsi. Kerap menolak. Kali ini, saya menerima satu tugasan yang dimaklumkan berdurasi 2 jam. Walau bagaimanapun, hanya 95 minit. Alhamdulillah. Tidak menuntut masa yang panjang untuk melunaskannya.

Anna tidak dimaklumkan oleh klien yang transkripsi dalam bahasa Inggeris dari negara jiran. 

Mula-mula mendengar audio, Anna tertanya-tanya, "kenapa satu suara sahaja?" dan seolah-olah bercakap dengan si bisu atau pekak. Kemudian baru Anna teringat, mungkin ini suara penterjemah/interpreter. Anna bertanya kepada pihak klien untuk kepastian. Ya, suara si penterjemah/interpreter

Anna perlu teliti untuk membezakan yang mana satu pandangan responden dan yang mana satu pertanyaan atau penyataan dari pihak moderator. Anna dengar betul-betul rentak intonasi suara Saudara interpreter. Adakalanya penterjemah tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Disambung pula dengan ucapan lain. Perlu bijak untuk menulis dengan penggunaan tanda koma, titik bertindih, atau noktah.

Disebabkan terlalu pantas untuk menginterpretasi, sebutannya ada yang lari. Berikut antara perkataan yang Anna kongsikan. (Interpreter ialah seorang yang berbahasa Indonesia). 

Perkataan di sebelah kiri ialah perkataan yang ingin diungkapkan dan yang di sebelah kanan ialah perkataan yang diucapkan oleh interpreter.

Paper - Pepper/papier

Milk - Male

Milk - Mole

Label - Labour

Seal - Sea

Hole - Hold

Hole - Hall

Cashier - Casheer


Peranan interpreter adalah untuk memberi sebutan yang terbaik agar ayat jadi bermakna dan input penting tidak disalah rekod dan menimbulkan salaherti. Ini boleh membawa kepada kesilapan dalam proses menganalisa maklumat dan pembuatan keputusan pihak klien. 

Nampak kecil, impaknya besar. 

Kesimpulannya: Sumbangan belakang tabir tidak harus dipandang remeh oleh semua pihak. Penghargaan dengan bayaran yang berpatutan perlu menjadi keutamaan dalam menjamin kualiti penyelidikan itu sendiri. 


No comments: