ads

14 December 2013

Formula sihat

Tugas seorang transcriber menuntut peruntukan masa yang panjang di hadapan skrin komputer/laptop. 10 jam sehari menghadap komputer adalah perkara biasa.

Selain masalah sakit belakang seperti dikisahkan di entri lalu, keletihan mata dan kepenatan minda tidak dapat dielakkan.

Dulu, Anna berasa macam orang tidak betul selepas menyiapkan sesuatu tugasan transkrip. Sakit kepala, rasa demam-demam kerap dirasai.

Setelah mencuba dan gagal (trial & error), formula mengatasi kepenatan minda ialah pemakanan yang sihat. Sentiasa minum air masak yang mencukupi. Anna selalu menyediakan 500ml air di tepi laptop. Setiap kali dahaga atau selepas beberapa tempoh, Anna akan minum. Walau bagaimanapun, Anna tidak menyediakan jumlah bekalan air yang banyak di atas meja kerja. Minimum - botol 500ml. Maksimum - 2 X botol 500ml + air susu atau kopi di dalam segelas mug.

Kenapa? Untuk mengelakkan duduk terlalu lama yang boleh mengundang sakit belakang dan kebas kaki pula.

Selain dari itu, buah-buahan yang tidak berjus seperti epal, lai, dan jambu batu sering dimakan. Bagi diri Anna, pengambilan buah-buahan menyegarkan minda dan kelesuan badan. Buah-buahan berjus seperti oren & tembikai bukanlah tidak digemari. Cuma, makan buah-buahan berjus sambil bekerja agak leceh - meleleh ke tangan pula (walaupun menggunakan garfu).  Pilihan lain, oren dikisar menjadi jus. Nyaman rasa tekak minum home made jus bersari.

Percubaan pemakanan seperti ini berkesan dalam memastikan kesihatan yang baik dalam tempoh mentranskripsi atau pengambilan nota. Semoga perkongsian ini memberi hasil positif kepada teman-teman transcriber dan penterjemah.

No comments: