ads

10 December 2013

Sebutan Ringkas

Baik dalam tugasan transkripsi atau mencatat nota, Anna tidak pernah dapat lari dari mendengar ungkapan-ungkapan singkat dan slanga. Dalam setiap entri Anna sendiri, adakala Anna selesa menulis dengan perkataan singkat. 

Apabila mentranskrip, keperluan kebanyakan klien dalam industri penyelidikan pemasaran memerlukan terma dan perkataan itu difahami dan ada makna kepada penyelidik. Jika Anna tidak diminta untuk menterjemahkan perbincangan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, mengetahui ejaan sebenar perkataan yang diungkap adalah satu kemestian.

Anna bukan pakar bahasa. Hanya belajar bahasa dengan wajib lulus di sekolah dan universiti. Selain dari itu, Anna pernah menyertai kursus intensif penterjemahan di ITBM.

Hasil carian enjin google, Anna menemui satu link tugasan seorang pelajar UKM. Ia amat berguna buat Anna dan insya-Allah boleh membantu khalayak yang lain juga. Harapan pemilik website ini, Cik Nur Alia ialah lamannya dapat dimanfaatkan. Terima kasih kepada beliau dan pensyarah beliau dengan tugasan online. 

Berikut ialah pautan untuk perkataan singkat

No comments: