ads

9 January 2019

Apabila dah lama tiada job...

Baru sahaja siap memberi khidmat terjemahan kertas soal-selidik dari sebuah syarikat penyelidikan pasaran.

Memandangkan sudah lama tidak menerima sebarang tugasan, apatah lagi ditawarkan tugasan penterjemahan, saya tersilap memberi kadar harga. Kadar harga yang saya berikan terlalu murah. Saya hanya ingat saya pernah memberi caj RM8 untuk satu halaman. Ketika ditanya, samaada caj saya mengikut jumlah perkataan atau halaman, saya hanya teringat yang saya pernah dibayar dengan kadar helaian.

Malangnya...saya terlupa kadar mengikut helaian itu adalah untuk 'show card' dan 'slide presentation' yang mana jumlah perkataan tidak banyak dan disertakan dengan carta, graf dan gambar.

Selepas itu, baharu saya teringat untuk menyemak harga pasaran... ya Rabb... harga pasaran yang paling minimum yang saya perolehi untuk menterjemah kertas soal selidik ialah RM0.10 untuk satu perkataan. Contoh yang mudah, I = saya ialah satu perkataan, bernilai RM0.10. Jadi, apabila saya membuat kiraan purata perkataan untuk setiap helaian, sepatutnya saya memperolehi dalam RM28-33 untuk satu halaman. 


ADUH! Silap saya, kadar caj telah dipersetujui, terima sajalah.... semoga tidak berulang, dan anda juga tidak melakukan kesilapan seperti saya!

No comments: