ads

Showing posts with label Intro. Show all posts
Showing posts with label Intro. Show all posts

10 October 2013

Bahasa Rojak?

Dalam entri sulung Anna, ada Anna maklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan transcriber sebagai cabang rezki supaya mula belajar berfikir dengan otak berbahasa rojak.

Maaf, jika ada pakar transkrip membaca dan menyanggah.

Anna banyak menerima tugasan dari syarikat penyelidikan pemasaran antarabangsa yang rata-rata staf mereka selesa berbahasa Inggeris dan ada juga foreigner yang bertugas sebagai penganalisa dan penyelidik pemasaran, begitu juga dengan klien mereka - syarikat-syarikat konsumer antarabangsa. Penggunaan bahasa Inggeris adalah satu kemestian.

Transkrip sepatutnya menyalin apa yang didengar.

Dalam majoriti tugasan Anna, Anna terpaksa mendengar dalam Bahasa Melayu dan menaip dengan menterjemah ke Bahasa Inggeris.

Kebiasaan bagi penterjemah biasa (berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh salah seorang instructor ITBM), mereka mentranskrip dahulu. Kemudian menterjemah. Dua kali kerja, kan? Ada masa, okay.

Tapi dalam setiap dateline yang Anna terima, dateline adalah 2-3 hari. Paling lama 72 jam untuk 2.5 - 3 jam audio perbincangan. Tak cukup masa nak buat dua kali kerja.

Shortcut - dengar dalam Bahasa Melayu dan taip dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Itulah yang sering Anna lakukan.

Mungkin transkripsi untuk law atau medical tidak sebegitu... Anna tidak pasti sebab belum pernah berpeluang mentranskripsi audio sedemikian. Audio market research yang memang bidang pengajian Anna sudah cukup mencabar. (Anna bekas penuntut pengajian Pengurusan Pemasaran).

Bahasa rojak dalam market research industry transcription adalah perkara biasa sejak 6 tahun berkhidmat di bidang ini. 

2 October 2013

Menjawab lagi...

Pagi ini Anna berkenalan dengan seorang kakak pengusaha salon kecantikan. Kerjaya Anna telah dimaklumkan oleh kawannya yang juga kawan Anna. Kak Intan, kenalan baru Anna, bertanya lebih lanjut tentang kerja Anna.

Pada Sabtu yang lepas, seorang lagi kenalan baru bertanya tentang kerja Anna. Berbeza dari kak Intan, kenalan Sabtu lepas lebih suka membuat andaian sendiri dan bertanya kemahiran bahasa saya kerana menganggap Anna seorang penterjemah. Katanya, "Bahasa Perancis sekarang ni, banyak diperlukan, tak tahu ke?". Sabor aje lah hati... Anna jawab, "Kerja saya sebenarnya notetaker & transcriber. Translation itu keperluan dalam tugasan. Saya juga ada berurusan dengan syarikat dari Paris tapi Director di Malaysia orang US. Tak ada masalah bahasa". Respon? "Oh..." dengan intonasi menurun. 

Berbalik kisah perbualan (lebih tepat, menjawab soalan demi soalan) dengan kak Intan, cara yang termudah, Anna hulurkan kad. "Di belakang kad ada saya tuliskan". Apabila kak Intan bertanyakan kelulusan saya, "Dulu belajar di mana? Keluar ITM ke?". Mudah aje Anna jawab, "Ada tulis dekat kad itu". Kad nama yang Anna create sendiri adalah jalan termudah menjawab soalan bertalu-talu. 

Apa Anna tulis di bahagian depan? Of course, service yang ditawarkan: Transcription, Translation, Note-taking. Nama, hp number, e-mail dan kelayakan akademik berserta pusat pembelajaran. Jika ditanya, kenapa tiada alamat, senang dijawab, "Kerja saya tak perlu alamat. Job dihantar secara online. Kerja yang siap juga dihantar secara online". 

Di bahagian belakang kad, definisi seringkas dan semudah yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja asal sahaja boleh faham bahasa Inggeris:

Note-taking is the practice of recording information captured from a transient source, such as an oral discussion at a meeting, conferences, or training sessions.
Transcription is a business which converts speech into a written or electronic text document.


1 October 2013

Tertunai jua hasrat ini...

Akhirnya.. tertunai hasrat di hati untuk menulis pengalaman dan kisah seorang transcriber & note taker. Hampir 6 tahun bergelumang dalam bidang ini, pelbagai bentuk rakaman, perbualan dan perbincangan telah ditranskrip/ambil nota. 

Ramai yang menyangkakan, mudahnya kerja ini. Dengar dan tulis je. Tidak perlu berurusan, berhadapan dengan karenah orang. Silap tu, nak dapat job, kena bercakap dengan orang. Nak dapat payment rate yang memuaskan hati, kena pandai berkomunikasi juga. Kena pandai tackle klien. Tak ada office politik? Ya! kerja as a freelancer, bebas dari office politik. Tetapi, politik tetap wujud. Yang penting, bagaimana kita menghadapnya.

Belum lagi, Anna bercerita implikasi kerjaya ini dalam kehidupan peribadi Anna. Insya Allah, akan dikongsikan nanti.

Bagaimana Anna ter'terjun' ke dunia transkripsi & note taking? Insya Allah, akan ditulis di entri lain. 

Tulisan Anna dalam setiap entri akan menggunakan bahasa rojak (sebab Anna suka makan rojak, pasembor, pecal, kerabu, dalca, tomyam & semua jenis lauk/sayur dalam satu nama)... he he.. sengaja berjenaka. Hakikatnya, dalam bidang ini, penggunaan sekurang-kurangnya 2 bahasa adalah lumrah dan no escapism. Kepada yang mahu berjinak-jinak dalam dunia seperti Anna, bersedia untuk berfikir dengan otak rojak.