ads

Showing posts with label myexplore. Show all posts
Showing posts with label myexplore. Show all posts

10 December 2013

Sebutan Ringkas

Baik dalam tugasan transkripsi atau mencatat nota, Anna tidak pernah dapat lari dari mendengar ungkapan-ungkapan singkat dan slanga. Dalam setiap entri Anna sendiri, adakala Anna selesa menulis dengan perkataan singkat. 

Apabila mentranskrip, keperluan kebanyakan klien dalam industri penyelidikan pemasaran memerlukan terma dan perkataan itu difahami dan ada makna kepada penyelidik. Jika Anna tidak diminta untuk menterjemahkan perbincangan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, mengetahui ejaan sebenar perkataan yang diungkap adalah satu kemestian.

Anna bukan pakar bahasa. Hanya belajar bahasa dengan wajib lulus di sekolah dan universiti. Selain dari itu, Anna pernah menyertai kursus intensif penterjemahan di ITBM.

Hasil carian enjin google, Anna menemui satu link tugasan seorang pelajar UKM. Ia amat berguna buat Anna dan insya-Allah boleh membantu khalayak yang lain juga. Harapan pemilik website ini, Cik Nur Alia ialah lamannya dapat dimanfaatkan. Terima kasih kepada beliau dan pensyarah beliau dengan tugasan online. 

Berikut ialah pautan untuk perkataan singkat

23 October 2013

Medical Transcriptionist

Entri yang lepas, Anna ada tulis istilah Medical Transcriptionist.

Apa mereka buat? Mereka mentranskrip audio/bahan berkaitan perubatan.

Untuk memudahkan penjelasan, anda boleh klik video di bawah ini.


Mereka perlu hadir kursus sekurang-kurangnya 18 bulan dan mestilah LULUS. Kenapa nak sampai lulus? Kalau telinga tak sempat capture kata-kata dalam video di atas, medical term boleh tersalah tulis dan memberi impak besar kepada audiens. Ketelitian sangat penting dalam kerja-kerja transkripsi, tidak mengira lapangan; law, market research, social research, social, art etc.



21 October 2013

Transcriber or Transcriptionist?

Sejak mula ter'terjun' ke dunia transkripsi & note taking, telinga sudah biasa digelar transcriber. Klien biasa panggil kami 'transcriber'

Walau bagaimanapun, baru-baru ini terjumpa istilah di internet untuk individu-individu yang membuat kerja-kerja transkripsi. Mereka juga dipanggil Transcriptionist. 

Tak tau lah yang mana betul. Terjumpa istilah Medical Transcriptionist.

Kalau orang yang kerjanya menaip, dipanggil typist. Kalau orang yang kerjanya mentranskrip, dipanggil transcriptionist. emm... make sense juga

Transcriber or Transcriptionist? Whatever it is, it is the same job description.