ads

29 October 2013

sebuah titik peralihan

Dalam entri sebelum ini, Anna ada menyebut; no pleasure but pressure. So, kenapa nak buat juga kerja tu?

Ramai di sekeliling Anna, berkerut kening tengok/dengar cara Anna bekerja. Ada yang terang-terangan bertanyakan upah yang Anna perolehi. Lumayan sangat kah sehingga setiap kali ada tugasan, sanggup duduk terperap mengadap komputer, memekakkan telinga dengan sembang-sembang yang tidak menarik seperti bercakap tentang sabun kain sehingga 2-3 jam.

Inilah kisah Anna.

2007, tiba-tiba Anna jobless. Tiada kerja. Minta kerja di sana sini. Pernah bekerja sebagai part-time data entry staff tapi tak mampu bertahan lama kerana tak tahan colleague di workstation yang sama pasang lagu yang diulang berkali-kali. Anna tak boleh concentrate. Waktu itu, lagu itu belum betul-betul popular. Rasa annoying sangat dengar suara penyanyi tu, apatah lagi apabila diulang-ulang dengar. Ini link lagunya... http://www.youtube.com/watch?v=Wsn5vPTk3dI . Akhirnya Anna berhenti kerja.

Banyak kali meminta dari adik supaya dia memberi contact no & address market research company. Adik lelaki Anna sudah 10 tahun dalam bidang ini tetapi setiap kali Anna meminta contact no & address untuk Anna memohon kerja, setiap kali itulah dia marah-marah. Katanya, kerja ini susah (dia buat fieldwork). Walaupun Anna menjelaskan yang Anna nak apply department lain, dia tetap tak pernah bagi mana-mana contact no. Anna tahu peluang kerja di market research company bukan sekadar interview orang. Sebagai bekas penuntut pemasaran, Anna tahu, bidang pemasaran penyelidikan lebih luas dari yang dia tahu (adik Anna pemilik sijil LCCI). 

Desakan kewangan menyebabkan Anna mendesak dia. Akhirnya, selepas bertahun-tahun, barulah Anna dapat satu contact no. Setelah menghubungi syarikat tersebut, Anna pergi ke sana. Malangnya, dua kali mencari pejabat tersebut tidak ketemu. Cubaan kali ketiga berjaya. Anna mengisi borang memohon untuk sebarang kerja. Tentunya, kerja part-time sahaja yang ditawarkan. 

Staff yang bertugas meneliti borang yang siap diisi. Lalu bertanya, "You boleh buat transkrip tak?". 
Anna tanya kembali, "Macam mana?"
Staff: You dengar perbualan dan salin
Anna: Saya biasa salin untuk mesyuarat
Staff: Bukan macam tu, you kena dengar dan tulis semua sekali. You nak cuba?
Anna: Boleh juga
Staff: Tapi bukan hari ini. Kita ada problem sebab orang yang kita suruh buat transkrip meringkaskan                    perbualan itu. Tak boleh macam itu
Anna: Oh!
Staff: Tapi, you nak cuba?
Anna: Boleh
Staff: Nanti kita panggil, bayarannya RM$$$ untuk 1jam. Biasanya ada 2-3 jam
Anna: Okay

Kalau dah sesak RM, apa kerja pun kita jawab boleh... lama juga baru saya dipanggil untuk mencuba. Lebih kurang 3 bulan berikutnya baru saya dihubungi dan waktu itu saya telah pun mendapat pekerjaan bertaraf kontrak dengan jawatan non-executive. Waktu itu, asalkan ada kerja walau gaji hanya RM1k. Untuk menampung kos petrol kereta (dah lah gaji murah, terpaksa bawa kereta kerana pengangkutan awam not reliable), saya korbankan hari minggu untuk membuat kerja sambilan mentranskrip.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya.




26 October 2013

"No need to summarize" instruction

Apabila membaca instruction dari klien, tertanya-tanya juga apa maksud No need to summarize. Memandangkan sudah biasa dengan syarikat berkenaan, Anna mengerti maksud staff yang baru kali pertama didengari namanya (mungkin staf baru).

Anna transkrip seperti keperluan biasa plus sedikit "ha ha, he he, shh, uhmm". Kalau tak berpuas hati, mereka akan maklumkan dan akan diperbaiki but after 2 week submission, no complaint. Okay lah tu...

Actually, dalam transkripsi ini, ada verbatim transcription & non-verbatim transcription.

Verbatim transcription pula ada 2 jenis: True Verbatim and Intelligent Verbatim.

Opps! Verbatim tu apa ya? Merujuk PRPM, Verbatim = kata demi kata (mengikut betul-betul apa yang dituturkan atau dituliskan).

True Verbatim, tak dijumpai dalam PRPM. True verbatim ni, maksudnya, salin betul-betul segala-gala yang didengar. No editing needs. Sebagai contoh; uhmm, ha ha, ha!, ish, shh, kaboom

Contoh ayat true verbatim: "uhmm..(diam) er.. ish.. saya tak berapa nak ingat lah! ha ha ha, not sure lah yang mana satu. (batuk) Yang colour hitam kot?"

Intelligent Verbatim pula, edit lah apa yang patut... contoh transkrip: "saya tak berapa nak ingat lah!  not sure lah yang mana satu. Yang colour hitam kot?"

Nak buat yang mana satu? Penuhilah kehendak klien.

Dalam kes Anna, Anna sudah biasa dengan klien dan staf yang bertanggungjawab menganalisa transkrip tersebut. Jadi, pesan Anna; kenali klien anda betul-betul. 

24 October 2013

perasaan yang terpengaruh... gila bayang?

Pernah tak kita bermimpi tentang kerja yang kita buat siang tadi atau sebahagian movie yang kita tonton sebelum tidur menjadi nightmare? Jika jawapannya YA, tiada bezanya jika kita baru berjinak-jinak dengan dunia transkripsi. Walaupun kita hanya mendapat audio, tiada image yang dilihat, kebiasaannya kita membayangkan apa yang kita dengar dan menulisnya.

Walaupun Anna sudah lama mentranskrip, termimpi-mimpi topik yang didengar ada juga berlaku. Jika mata dan minda terlalu penat, tiada lagi mimpi. Bising bunyi motor berkuasa besar jiran pun tak dipeduli, suara anak-anak jiran menjerit pun tidak menjejaskan tidur.

Itu tentang tidur. Yang satu ni, lagi susah nak cope. Pada tahun-tahun awal mentranskrip, apabila buat transkrip yang perbincangan tentang minuman coklat, sepanjang tempoh menyiapkan transkrip, asyik ke dapur membancuh koko. Bincang pasal brand Milo tapi tiada Milo di dapur, koko pun okay, asalkan ada rasa yang hampir sama. Begitu juga apabila bincang tentang gaya hidup dan shopping, tetiba perasaan nak pergi shopping selepas menyiapkan transkrip sangat meluap-luap. Tapi bila dah siap, tak pergi shopping complex pun... kain baju yang ditinggalkan 3 hari hendak di basuh & of course, nak qada tidur & exercise yang tertinggal.

Yang lagi kelakar, apabila Anna dapat banyak audio untuk topik peralatan masakan. Ikut logik akal, bincang pasal gadget dapur tu... mesin itu, mesin ini... boleh ada perasaan nak makan nasi minyak, spagheti, sup, ABC dan macam-macam lagi. Terpengaruh dengan kata-kata yang didengar dari panel peserta sesi perbincangan tersebut.

Mungkin hal sebegini berlaku sebab mendengar berulang kali setiap kata-kata yang diucap. Jika audio tidak jelas atau suara di dalam audio tidak jelas, terpaksa diulang berkali-kali untuk memastikan perkataan yang diucapkan. Lebih-lebih lagi jika penutur yang didengar menggunakan loghat bahasa dalam perbincangan/temubual. Lama-lama, kita pula yang terbayang-bayang dan rasa mengidam pula... 

23 October 2013

Medical Transcriptionist

Entri yang lepas, Anna ada tulis istilah Medical Transcriptionist.

Apa mereka buat? Mereka mentranskrip audio/bahan berkaitan perubatan.

Untuk memudahkan penjelasan, anda boleh klik video di bawah ini.


Mereka perlu hadir kursus sekurang-kurangnya 18 bulan dan mestilah LULUS. Kenapa nak sampai lulus? Kalau telinga tak sempat capture kata-kata dalam video di atas, medical term boleh tersalah tulis dan memberi impak besar kepada audiens. Ketelitian sangat penting dalam kerja-kerja transkripsi, tidak mengira lapangan; law, market research, social research, social, art etc.



21 October 2013

Transcriber or Transcriptionist?

Sejak mula ter'terjun' ke dunia transkripsi & note taking, telinga sudah biasa digelar transcriber. Klien biasa panggil kami 'transcriber'

Walau bagaimanapun, baru-baru ini terjumpa istilah di internet untuk individu-individu yang membuat kerja-kerja transkripsi. Mereka juga dipanggil Transcriptionist. 

Tak tau lah yang mana betul. Terjumpa istilah Medical Transcriptionist.

Kalau orang yang kerjanya menaip, dipanggil typist. Kalau orang yang kerjanya mentranskrip, dipanggil transcriptionist. emm... make sense juga

Transcriber or Transcriptionist? Whatever it is, it is the same job description.

13 October 2013

Sakit belakang...

Banyak sangat duduk. Syok sangat buat kerja hingga tak sedar membongkok ke hadapan.

Itu perkara biasa yang terjadi pada diri Anna.

Cara atasi atau heal sakit? Biasanya, Anna buat cara paling murah and it really works!

Apa dia? Exercise regularly.

Cara lain untuk mencegah sakit belakang, boleh baca kat link ini ...http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00175


10 October 2013

Bahasa Rojak?

Dalam entri sulung Anna, ada Anna maklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan transcriber sebagai cabang rezki supaya mula belajar berfikir dengan otak berbahasa rojak.

Maaf, jika ada pakar transkrip membaca dan menyanggah.

Anna banyak menerima tugasan dari syarikat penyelidikan pemasaran antarabangsa yang rata-rata staf mereka selesa berbahasa Inggeris dan ada juga foreigner yang bertugas sebagai penganalisa dan penyelidik pemasaran, begitu juga dengan klien mereka - syarikat-syarikat konsumer antarabangsa. Penggunaan bahasa Inggeris adalah satu kemestian.

Transkrip sepatutnya menyalin apa yang didengar.

Dalam majoriti tugasan Anna, Anna terpaksa mendengar dalam Bahasa Melayu dan menaip dengan menterjemah ke Bahasa Inggeris.

Kebiasaan bagi penterjemah biasa (berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh salah seorang instructor ITBM), mereka mentranskrip dahulu. Kemudian menterjemah. Dua kali kerja, kan? Ada masa, okay.

Tapi dalam setiap dateline yang Anna terima, dateline adalah 2-3 hari. Paling lama 72 jam untuk 2.5 - 3 jam audio perbincangan. Tak cukup masa nak buat dua kali kerja.

Shortcut - dengar dalam Bahasa Melayu dan taip dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Itulah yang sering Anna lakukan.

Mungkin transkripsi untuk law atau medical tidak sebegitu... Anna tidak pasti sebab belum pernah berpeluang mentranskripsi audio sedemikian. Audio market research yang memang bidang pengajian Anna sudah cukup mencabar. (Anna bekas penuntut pengajian Pengurusan Pemasaran).

Bahasa rojak dalam market research industry transcription adalah perkara biasa sejak 6 tahun berkhidmat di bidang ini. 

9 October 2013

Not a parrot

"You just write down whatever that people said?"

Soalan mudah, 
jawapan mudah,
boleh mengundang padah.
Apa padahnya? 

Mereka yang bertanya menyangkakan yang tugas sang transcriber sangat mudah, senang sangat. Tiada penghargaan. Tiada pengiktirafan. Akibatnya, bayaran yang kami terima dianggap mahal dengan tugas yang diamanahkan. 

Kami bukan burung kakaktua yang hanya menyalin semula kata-kata yang didengar, tanpa mengambilkira common sense dalam struktur ayat yang digunakan.

Contoh: Perkataan Safe vs Save yang ditutur oleh pemilik lidah rakyat Malaysia. 

Yang mana yang hendak ditulis? Biasanya, Anna akan dengar dan memahami kandungan perbualan/ucapan/perbincangan/ceramah tersebut.

Dalam perbualan yang Anna sedang buat sekarang ini, pada pandangan Anna, penggunaan Safe yang paling tepat. Ayat penuhnya:

"Don't worry. Your wallet is safe. We're not selling anything."

the parrot image is from mr. google. thank you.
Banyak lagi perkataan yang didengar menimbulkan kekeliruan. Kemahiran mengenalpasti dan memilih ejaan yang terbaik adalah sangat penting agar ayat yang ditulis ada makna.

Therefore, transcriber is not a parrot.








2 October 2013

Menjawab lagi...

Pagi ini Anna berkenalan dengan seorang kakak pengusaha salon kecantikan. Kerjaya Anna telah dimaklumkan oleh kawannya yang juga kawan Anna. Kak Intan, kenalan baru Anna, bertanya lebih lanjut tentang kerja Anna.

Pada Sabtu yang lepas, seorang lagi kenalan baru bertanya tentang kerja Anna. Berbeza dari kak Intan, kenalan Sabtu lepas lebih suka membuat andaian sendiri dan bertanya kemahiran bahasa saya kerana menganggap Anna seorang penterjemah. Katanya, "Bahasa Perancis sekarang ni, banyak diperlukan, tak tahu ke?". Sabor aje lah hati... Anna jawab, "Kerja saya sebenarnya notetaker & transcriber. Translation itu keperluan dalam tugasan. Saya juga ada berurusan dengan syarikat dari Paris tapi Director di Malaysia orang US. Tak ada masalah bahasa". Respon? "Oh..." dengan intonasi menurun. 

Berbalik kisah perbualan (lebih tepat, menjawab soalan demi soalan) dengan kak Intan, cara yang termudah, Anna hulurkan kad. "Di belakang kad ada saya tuliskan". Apabila kak Intan bertanyakan kelulusan saya, "Dulu belajar di mana? Keluar ITM ke?". Mudah aje Anna jawab, "Ada tulis dekat kad itu". Kad nama yang Anna create sendiri adalah jalan termudah menjawab soalan bertalu-talu. 

Apa Anna tulis di bahagian depan? Of course, service yang ditawarkan: Transcription, Translation, Note-taking. Nama, hp number, e-mail dan kelayakan akademik berserta pusat pembelajaran. Jika ditanya, kenapa tiada alamat, senang dijawab, "Kerja saya tak perlu alamat. Job dihantar secara online. Kerja yang siap juga dihantar secara online". 

Di bahagian belakang kad, definisi seringkas dan semudah yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja asal sahaja boleh faham bahasa Inggeris:

Note-taking is the practice of recording information captured from a transient source, such as an oral discussion at a meeting, conferences, or training sessions.
Transcription is a business which converts speech into a written or electronic text document.


1 October 2013

Tertunai jua hasrat ini...

Akhirnya.. tertunai hasrat di hati untuk menulis pengalaman dan kisah seorang transcriber & note taker. Hampir 6 tahun bergelumang dalam bidang ini, pelbagai bentuk rakaman, perbualan dan perbincangan telah ditranskrip/ambil nota. 

Ramai yang menyangkakan, mudahnya kerja ini. Dengar dan tulis je. Tidak perlu berurusan, berhadapan dengan karenah orang. Silap tu, nak dapat job, kena bercakap dengan orang. Nak dapat payment rate yang memuaskan hati, kena pandai berkomunikasi juga. Kena pandai tackle klien. Tak ada office politik? Ya! kerja as a freelancer, bebas dari office politik. Tetapi, politik tetap wujud. Yang penting, bagaimana kita menghadapnya.

Belum lagi, Anna bercerita implikasi kerjaya ini dalam kehidupan peribadi Anna. Insya Allah, akan dikongsikan nanti.

Bagaimana Anna ter'terjun' ke dunia transkripsi & note taking? Insya Allah, akan ditulis di entri lain. 

Tulisan Anna dalam setiap entri akan menggunakan bahasa rojak (sebab Anna suka makan rojak, pasembor, pecal, kerabu, dalca, tomyam & semua jenis lauk/sayur dalam satu nama)... he he.. sengaja berjenaka. Hakikatnya, dalam bidang ini, penggunaan sekurang-kurangnya 2 bahasa adalah lumrah dan no escapism. Kepada yang mahu berjinak-jinak dalam dunia seperti Anna, bersedia untuk berfikir dengan otak rojak.